Tuesday 7 January 2020

Majlis Pelancaran Blog BPPA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,






Sempena Tahun Baru 2020, YBhg. Dato' Sri Dr. Ketua Perangkawan Malaysia mengadakan Sesi Walkabout ke semua Bahagian di DOSM pada hari ini, 7 Januari 2020. Sesi Walkabout ke Aras 5 yang merangkumi Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa, Bahagian Perangkaan Pengeluaran Industri dan Binaan dan Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar dijadualkan pada jam 11.00 pagi.

Di samping itu, Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa akan melancarkan Blog Rasmi Bahagian yang akan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ketua Perangkawan semasa sesi walkabout ini berlangsung.



-Admin-

No comments:

Post a Comment